"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Bin Ibrahim harus 'dipenjarakan'........

SolidaritiHijau

Bermula dari tahun 1998 - kini Mari kita kupas satu persatu mengapa insan bernama Anwar harus dipenjarakan,
Bermula pada tahun 1998, sudah terang lagi bersuluh tanpa bukti yang kukuh, sudah terbukti beliau bersalah atas salah laku liwat (hanya berdasarkan hujah mulut dan khabar angin + rekaan), ini sudah membuktikan bawaha beliau seorang peliwat tanpa perlu memberikan bukti yang kukuh dan kredible.

Anwar juga pandai berlakon, beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih simpati, lihatlah kes 'MATA LEBAM'? Walaupun secara fizikalnya beliau 'terikat' tetapi mungkin dengan bantuan ilmu hitam Anwar mencederakan dirinya sendiri untuk meraih simpati. Sudah terbukti Anwar pengamal ilmu hitam kerana berjaya mencederakan diri sendiri dengan tangan bergari bukan?

Anwar juga membongkar segala isu penyelewengan yang korupsi yang boleh menjejaskan "Ketuanan Melayu" pemimpin politik. Pendedahan ini merupakan satu pengkhianatan kepada Melayu kerana Anwar mendedahkan aib ahli Politik Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Seharunya Anwar harus mendiamkan diri keburukan pemimpin-pemimpin UMNO, kerana mereka orang Melayu beragama Islam.

Anwar juga sanggup bersekongkol dengan bukan Melayu/Islam untuk menjatuhkan kerajaan "Ketuanan Melayu" yang korup yang sedia ada sekarang. Bukankah ini satu penghinaan dimana orang Melayu bersekongkol dengan bukan Melayu untuk menjatuhkan kerajaan "ketuanan melayu" yang korup, penuh dengan kezaliman dan terpalit dengan skandal pembunuhan berprofil tinggi?

Anwar juga melakukan kesalahan dengan 'menghasut' rakyat Malaysia untuk 'menumbangkan' kerajaan pada setiap kali piliharanraya tiba. Seharunya Anwar harus mendiamkan diri sahaja, tidak perlu ceramah dan menghasut, beliau seharusnya gunakan medium yang sedia ada seperti Utusan Melayu dan TV3, kerana sumbernya amat sahih dan tidak dapat disangkal.

Dan yang terakhir sekali, Anwar tidak bersumpah, lihatlah Najib sendiri sudah 'BERSUMPAH' maka Najib tidak perlu lagi dibawa ke Mahkamah kerana beliau sudah bersumpah dan ini membuktikan beliau tidak bersalah. Dengan sekali sumpah sahaja, kita tak perlu mengemukakan bukti lagi, Anwar harus mencontohi Najib dalam isu sumpah ini, kemungkinan selepas Anwar bersumpah, Hakim akan membuangkan KES ke tepi.

Kesalahan dan 'dosa' Anwar yang paling besar ialah kerana beliau mempersoalkan 'Kerajaan Ketuanan Melayu" yang korup, salahguna kuasa, penyelewengan dan terpalit dengan skandal pembunuhan.

Anwar seharusnya sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu haruslah bersifat patriotik menyokong kerajaan yang sedia ada walaupun kerajaan bertindak 'zalim' dalam apa jua keadaan.

Percayalah, jika Anwar mengikut nasihat ini (nasihat ala UMCO), nescaya UMNO/BN tidak akan lagi 'menyentuh' susuh tubuh Anwar Bin Ibrahim. 

http://solidariti-hijau.blogspot.com/

1 ulasan:

Puteri berkata...

ha,ha..
neway best of luck 4 anwar and PR