SHAH ALAM, 22 DIS: Dokumen yang dijadikan perisai oleh Kerajaan Umno-BN mempertahankan hubungannya dengan Apco Worldwide hari ini hanyalah surat-surat penafian menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata dokumen yang ditunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tidak menafikan kesahihan kontrak antara Apco dan rejim Tel Aviv, mahupun Apco dan Kerajaan Malaysia.
Tian Chua berkata dokumen yang dihalang dari dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menampulkan butiran projek dan perkhidmatanyang Apco tawarkan kepada rejim Zionis Israel.
Mengapa Umno mengajak firma perunding berkaitan Zionis untuk menasihati kerajaan Malaysia mengundang seribu persoalan.
"Kita tunjuk dokumen yang mengandungi kontrak diantara Israel dengan Apco, kita juga tunjukkan dokumen ada pelbagai projek yang telah, di mana Apco memberi perkhidmatan kepada Israel dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan," katanya.
Nazri hari ini mengemukakan dua dokumen yang menurutnya menyanggah dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa Apco terbabit dalam konsep 1 Israel.
Kerajaan Malaysia juga berjaya mendapatkan bantuan penggubal konsep 1 Israel, Robert Shrum, untuk mengeluarkan kenyataan notari berkanun menafikan dakwaan Anwar itu.
"So inilah bukti yang kita tunjuk tapi APCO hanya tulis satu surat penafian, apa gunanya penafian, kita dah tunjuk ada perjanjian so kalau perjanjian itu palsu, dedahkanlah kata perjanjian itu palsu tapi sehingga sekarang Apco gagal menunjukkan bahawa apa yang kita kemukakan adalah kontrak yang palsu," katanya lagi.
-tvsnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan