"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Karpal Sokong Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia

KEPALA BATAS 19 DIS : Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya  terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat  mengenai  isu Malaysia sebagai  negara Islam.


Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional  memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau  menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan  mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. 

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara.  Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat. 
-tvsnews-

Tiada ulasan: