"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lady Gaga kena raba di Paris


LADY GAGA


PARIS: Penyanyi terkenal yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga terkejut apabila seorang peminat wanita secara tiba-tiba meraba baju di bahagian payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.
 
Insiden itu berlaku ketika Lady Gaga ingin meninggalkan hotel yang didiaminya di Paris, baru-baru ini. 

Wanita terbabit yang memakai sarung tangan kulit berwarna coklat dilihat mendekati Lady Gaga sebelum merabanya.

Semasa kejadian, Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Poker Face memakai baju berwarna cerah dan tidak memakai coli.

Baju itu tidak mempunyai butang di bahagian tengah menyebabkan sebahagian payu daranya terdedah.

Dia turut memakai cermin mata hitam.
-Agensi-

Tiada ulasan: