"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sebutan kes bekas Permaisuri Agong saman Uncle Seekers

TEMERLOH, 22 Dis: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes saman bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas kerana bertindak melanggar maklumat sulit beliau.

Hakim Prasad Abraham menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas mendengar permohonan interparte.

Beliau membuat keputusan itu bagi memberi masa kepada Jabatan Insolvensi melantik peguam untuk defendan pertama iaitu Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, memandangkan dia telah diisytiharkan muflis.

Selain itu, defendan kedua kes berkenaan iaitu Syed Hussein Al-Attas, bapa kepada Syed Abdullah, juga diarahkan untuk melantik peguam bagi kes tersebut.

Siti Aishah diwakili peguam T. Gunaseelan, Anthony M.Sebastian dan Ikmal Hisan Idris. 
-Bernama-

Tiada ulasan: