"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ali Rustam bazirkan RM500,000 bina replika jam pokok bunga

ZAILI MUHAMMAD
MELAKA: Pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka kerana membelanjakan hampir RM500,000 hanya bagi membina replika jam daripada pokok bunga di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dibidas oleh PAS Melaka.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang bahawa adalah tidak masuk akal kos sebanyak itu dibazirkan hanya sebagai perhiasan di kawasan itu sahaja ianya sedangkan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat Melaka khususnya.

"Jumlah berkenaan bukan saja tidak munasabah, ia sepatutnya digunakan untuk tujuan lain yang lebih mendesak seperti menangani masalah banjir kilat di bandaraya Melaka, bantuan kepada orang miskin ataupun membina rumah bagi mereka yang memerlukan.

"Sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa bukannya memberikan projek-projek yang tidak munasabah seperti pembinaan replika tersebut kepada kroni mereka," katanya.

Selain itu, Mejar Jasme turut merasakan bahawa kos RM500,000 yang dibelanjakan untuk membina jam bunga itu termasuk kira-kira RM70,000 bagi bunga-bunga dan tanaman di situ adalah terlalu tinggi berbanding kos sebenarnya.

"Adakah ini yang dikatakan ciri-ciri negeri maju seperti yang diumumkan baru-baru ini, ianya jelas satu pembaziran yang merugikan rakyat Melaka.

"Di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian dan pelbagai lagi kos kehidupan seperti persekolahan anak-anak, mereka yang diamanahkan memimipin negeri membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bertanggungjawab," ujarnya.

Seterusnya beliau mengajak rakyat Melaka menyatakan bantahan dengan menjatuhkan kerajaan Umno-BN yang korup dan tidak bertanggungjawab ini pada Pilihan Raya Umum akan datang jika mereka inginkan perubahan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

Tiada ulasan: