"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Aziz: Anwar Lambang Tenaga Melayu


KOTA BHARU, 1 MEI: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menyifatkan penyebaran video lucah sebagai cubaan terdesak pihak tertentu untuk menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai lambang "tenaga orang Melayu."

Nik Aziz berkata video seks itu sengaja dibuat dengan raut wajah pelaku kabur dan dalam hitam putih demi membolehkan fitnah terhadap Anwar disebarkan.

“Kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya,” katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tindakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku.

Sehingga kini kerajaan, mahukan Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Presiden MCA Datuk Chua Soil Lek kerana mengadakan hubungan seks di luar tabii dengan seorang wanita pada tahun 2007.

Nik Aziz meminta pengundi Melayu supaya tidak mudah termakan dengan fitnah Umno mengenai Anwar.

"Jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara."
-tvsnews-

Tiada ulasan: