"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Utusan Meloya kalau nak bohong pi belajaq kat Datuk SK

Tok Non
255 ahli PAS Kuala Kedah sertai UMNO’.Demikian tajuk yang tertera dalam akhbar harian primitif yang menjadi talibarut UMNO Be End sejak berzaman iaitu Utusan Meloya ataupun orang kampung sebut Utusan Malaysia.

Mokalu 20 tahun dulu berita macam ni disiarkan dalam akhbar maka rakyat akan telan bujuq-bujuq apa yang disampaikan tu sebab tiada media alternative untuk menyalurkan info. Tapi lanie zaman siber, dunia tanpa sempadan. Orang dengar satu pihak, lepas tu depa akan cari maklumat pihak lain.

1. Sejak PAS diwujudkan pada tahun 1951, dalam sejarah Kedah belum pernah berlaku pengeluaran serentak secara besar-besaran dari PAS ke dalam masuk UMNO melebihi 10 orang. Jika berlaku keluar beramai-ramai sampai berpuluh, beratus, beribu orang, maka sah itu berita bohong. (Ini panduan paling asas.)

2. Mai kita teliti pembohongan dalam berita Utusan Meloya tu. Dia sebut dalam berita‘menurut ahli Muslimat PAS Kuala Sungai Rahaiza Rahim, 31’. Dalam foto yang disiarkan kelihatan Rahaiza Rahim sedang berucap, di bawahnya tertera caption ‘Bekas ahli PAS, Rahaiza Abd Rahim (kiri) dari Kampung Kubang Pangas mewakili 225 rakannya berikrar meninggalkan...’. Yang mana satu betul, Rahaiza ahli PAS Kubang Pangas atau Kuala Sungai? 
Jawapannya ialah kedua-dua fakta itu bohong. Tiada nama Rahaiza Rahim dalam daftar keahlian Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kedah. Begitu juga tiada cawangan yang bernama ‘Kuala Sungai’ dalam kawasan Kuala Kedah.

3. Utusan Meloya menyebut Ketua PAS Cawangan Lahar Buluh, Ahmad Marzuki keluar PAS masuk UMNO. Dalam daftar PAS Kawasan Kuala Kedah tiada cawangan bernama Lahar Buluh dan tiada ahli PAS bernama Ahmad Marzuki. Fakta sebenarnya ialah Ahmad Marzuki adalah seorang JKKKP. Ghalibnya JKKKP mestilah ahli UMNO. Maknanya ahli UMNO masuk UMNO.

Kepada agensi berita penipu rakyata BERNAMA dan akhbar talibarut UMNO Utusan Meloya, lain kali kalau nak buat penipuan dalam berita kena pi belajaq dekat Datuk Eskay. Jangan bagi wujud percanggahan fakta. Tak apa Utusan Meloya jangan putus asa buat kerja fitnah dan bohong, cuba lagi...

Tiada ulasan: