"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar jangan kacau Bersih!

Penarik beca
Dalam berita bertajuk "Ibrahim: Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai" (komhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjY05c3I7kY5MXQT2UADg5hDKqK3UVDIv1goK3JqHk8AWpjmHnqDj7s_r-54Uk9m65c-rB6IE5I9DBxfZz33qAmyj54WwXy6ojs-NdRQ1b1oOErczJCi-7vkQrKppA4ty7te1SJdIZk/s1600/Flyer+Bersih.jpgen-komen di sini dan di sini), Malaysiakini semalam melaporkan:

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara."Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.
"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.
Dalam posting bertajuk "Tangkaplah! Bunuhlah!" 15 Jun lalu, saya ulang tulis:
Kalau benar tak kotor dan tak zalim, kenapa menggelabah sangat bila orang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil? Mengapa sampai ke peringkat memberi isyarat bahawa puaknya hendak membakar kereta dan membaling batu untuk menghalang perhimpunan Bersih? Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh kami yang berhimpunlah tu.

Bunuhlah!
Apa nak kisah, kalau puak Umno dan Perkasa bunuh aku kerana aku hadiri perhimpunan Bersih, bukannya depa nak kena apa-apa tindakan. Dah jenuh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ugut nak berbunuh-bunuh sana-sini, dia tetap bebas dan bermaharajalela. Sila baca "Home Minister, isn't Ibrahim Ali above the law?" dalam Malaysiakini 18/6/11.

Ibrahim dan puaknya berlagak bagak sebab depa tahu kerajaan Umno tak akan bertindak sama sekali terhadap depa. Ibrahim berlagak bagak sebab dia sentiasa rasa dia ramai dengan perkosanya. Cuba kalau hampa jumpak dia sorang-sorang tang mana-mana, hampa jerkah macam nak debik dia, terkengkang-kengkang dia lari!

Saya tak peduli ugutan Ibrahim tu. Kalau Umno dan Perkasa nak bunuh aku sebab aku hadiri perhimpunan Bersih, bunuhlah! Ibrahim dah kata: "Apa sahaja boleh berlaku".

Ya, saya tak peduli. Yang saya marah sangat-sangat bila baca berita bertajuk "
Anwar minta batal perhimpunan jika PM beri jaminan" (Komen-komen di sinidi sinidi sini dandi sini). The people are damn resolute and yet this so called leader is trying to put cold water.

Anwar plans to back off in an honourable manner? Hello, kalau hang tak mau berhimpun, hang duduk di rumah. Jangan nak kacau orang dan bercakap macam orang gila.

Memang gila sebab dalam keadaan Umno hari-hari menipu dan penipuan menjadi
makanan asasi parti penipu itu, tiba-tiba dia nak minta rakyat percaya jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan batalkan perhimpunan Bersih. Nak percaya jaminan Najib bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil? Tak payah sebut puak waras tak waras, puak gila tak gila, syaitan iblis pun tak akan percaya jaminan itu!

Mungkin pak yet Anwar akan kata Ketua Umum PKR itu nak main politik dengan kenyataannya. Maklumlah, pengikut parti apa pun selalu bersikap 'asabiyyah dan akan justify apa saja kelaku pemimpin depa serta akan paksa kita minta maaf bila pemimpin depa kata akhbar tersalah petik.

Hello, kalau macam tu punya main politik, go fly a kite!

Tiada ulasan: