"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kabinet PAS S'gor ikut gaya Kelantan

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman berkata, kabinet barunya yang dilantik malam tadi bukanlah kehendaknya seorang tetapi melambangkan hasrat akar umbi parti itu.

Ini kerana, katanya, nama-nama yang dicadangkan datang terus daripada PAS kawasan yang dihubunginya.

"Kita ikut stail Kelantan. Kita hubungi semua YDP (Yang diPertua) dan minta nama-nama. Majoriti PAS kawasan minta orang ini dilantik," katanya.

Dr Rani yang dipilih menggantikan Dr Hasan Ali hari ini mengumumkan kabinet barunya yang menyaksikan perubahan drastik.

Antaranya, dua wakil rakyat PAS Khalid Samad (Shah Alam) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang dipecat Khalid pada November 2008.

Dalam sidang media di pejabat perhubungan PAS negeri hari ini, Dr Rani menjelaskan dua tokoh itu dipilih kedua-duanya boleh bekerjasama dengannya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: