"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersih : Mungkin Agong Titah Batalkan Disaat Akhir

Mohd Sayuti Omar
SEHINGGA catatan ini dibuat sebanyak 1,099 laporan polis dibuat oleh berbagai pihak supaya himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijanghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsRRwXobWWFjo9jmf0Qm3ZmQ197k_eBrBsr_XYNGiS-WETzRtZgDrozE5mrH1NeVkZfEtGCKNNTjB8RJyXLHpii9SEkDU1jhO0h1QaUDvVmGRX75pRhavH2Obck59XIYBv_YDlNGmd6zpN/s1600/Bersih+1+-+2.jpgka akan diadakan pada 9 Julai depan dibatalkan. Laporan itu datang dari berbagai pihak. Ia juga datang dari dua puak yang cuba membuat kacau atau provokasi himpunan berkenaan iaitu Perkasa(m) dan Pemuda Umno.

Bukankah anih, mereka yang juga berura-ura untuk mengadakan himpunan dengan maksud mereka sendiri, tetapi mereka juga - atau budak-budak mereka juga membuat laporan? Ini jelas bahawa tujuan mereka berhimpun itu sebahagian dari usaha mengagalkan himpunan Bersih. Mengagal tidak menjadi kesalahan tetapi kalau menimbulkan kekacauan sesuatu yang tidak patut dan wajar disumpah laknat.

Saya yakin tekanan dan larangan ke atas himpunan itu akan berterusan dan akan kemuncak pada minggu depan. Seminggu menjelang himpunan akan kita saksikan sesuatu yang akan berlaku. Semua pihak kini sudah masuk tahap gajah laut yang masuk bulan-bulan mengawan. Nafsu sekarah sudah memuncak di kepala. Kata orang tua-tua mani sudah di ubun-ubun.

Masing-masing telah melurut misai dan membuat muka cenging untuk menampakan wajah bengking dan digeruni. Kepala juga dililit dengan kain merah kononnya sebagai sign mati, walhal mereka tidak ubah umpama anak 'kuba' culas saja yang baru pandai tunjuk shawat?

Tidak dapat kawal lagi. Keadaan ini saya lihat sengaja diwujudkan untuk mengagalkan himpunan berkenaan. Nampak sekali himpunan Bersih 2.0 ini menakut dan membimbangkan pihak parti kerajaan. Membimbangkan individu-individu yang ingin bertengek di punggung kerajaan. Ia tidak seperti himpunan Bersih pertama lalu. Walaupun ada larangan, tetapi tekanan tidak sehebat apa yang dihadapi Bersih 0.2 ini.

Hari ini pihak berkuasa sudah mulai bertindak. Macam-macam laporan bertujuan menakutkan orang ramai dilakukan. Bendera Bersih yang dinaikkan dicabut waktu malam. Baju-baju Bersih yang dijual kepada umum dirampas. Bersih kini menjadi najis buat mereka. Konotasi kepada himpunan berkenaan pula diwar-warkan sebagai haram, dan mereka yang menggerakkan himpunan itu sebagai pengacau. Pembaca berita tb menenakan sebutan pada perkataan haram dan pengacau.

Apakah dengan tekanan yang semakin kuat ia melemahkan mereka yang menggerak himpunan berkenaan? Tidak! Malah mereka menjadi semakin bersemangat. Mereka menjadi semakin berani dan ghairah. Ini dapat dilihat luapan anak-anak muda yang ingin turun ke lapangan untuk sama-sama berhimpunan. Tampaknya semangat Dataran Tahrir di Kaherah Mesir sudah mula mengalun ke dalam diri. Ia sudah mula bergelora. Lihatlah dalam Facebook hampir 90 peratus pelayar Fb telah mengenakan badge berwarna kuning.

Kenapa kerajaan UBN takut kepada himpunan kali ini. Jawabnya senang saja sebab himpunan kali ini akan berlipat ganda dari segi penyertaan berbanding himpunan tahun 2007 lalu. Kalau himpunan 2007 dulu dianggarkan 100,000 orang pelbagai bangsa dan lapisan usia berarak memenuhi jalan-jalan raya dan lorong menuju ke Istana Negara, kali ini jumlah akan meningkat hingga 300,000. Sudah cukup.

Semalam sewaktu minum dengan seorang bekas menteri dari Sabah, beliau ada memberi pandangan berhubung dengan himpunan Bersih 0.2 itu. Tanpa saya mempromo beliau, bekas menteri itu berkata himpunan Bersih kali ini membahayakan Umno. Umno perlu menyekatnya habis-habisan.

Saya bertanya kenapa. Dia menjawan; "kalau himpunan Bersih kali ini lebih besar dari himpunan 2007 dulu ini bermakna kerajaan BN akan tumbang. Dalam tahun 2007 dulu dengan adanya Bersih.. BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen, kali ini pasti akan tumbang," katanya dengan bersemangat. Nampak dia juga sudah tidak yakin dengan partinya sendiri. Kenapa?

Saya tidak mahu mengulas pandangan bekas menteri berkenaan. Itu adalah menurut pandangannya. Beliau lihat dari perspektifnya. Namun beliau yakin kalau Bersih berjaya BN akan terguling dan rebah bercatak (jatuh macam katak). Kerana itu katanya BN akan menggunakan apa saja untuk menghalang himpunan berkenaan.

Iya, saya melihat demikian. Makanya kini BN sedang berusaha untuk menghalangnya. Sebab kalau Bersih berjaya ini bererti riwayat BN akan berakhir. Berakhirnya BN bermakna Umno juga turut akan lemah dan kemungkinan Umno akan hilang dari atas tanah air ini. Ke mana atau macam mana orang-orang kaya, para bangsawan yang selama ini hidup goyang kaki atau hidup kerana memakan komisyen apabila kerajaan yang menjadi tempat mereka membuncitkan perut sudah tidak ada lagi. Sesekali teringin juga kita mencatat akan kegusaran ataupun ledakan kemarahan mereka bila mana kerajaan akan datang tidak berlaku adil kepada mereka?

Usaha mengahalang nampaknya semakin kuat dan meluas. Baik pihak Perkasa(m) atau pemuda Umno yang ketuanya tidak dihormati tidak tidur malam. Mereka terus memerah otak bagaimana hendak mengacau himpunan berkenaan. Mereka membuat provokasi dengan harapan Bersih jangan sampai diadakan.

Bagi Khairy kalau gara-gara provokasinya Bersih gagal diadakan ia satu kejayaan dan jasa besar kepada Najib. Tapi saya hendak katakan kepada Khairy buatlah jasa sebesar bukit Khah... Najib tidak akan membalasnya dengan memberi jawatan menteri kepadanya. Percayalah... kalau tidak percaya tanya Zahid Hamidi macam mana beliau disundalkan untuk tidak memegang apa-apa jawatan oleh Mahathir Mohamad semasa beliau jadi ketua pemuda.

Usaha mana-mana pihak di luar kerajaan tidak akan berguna. Ugutan dan ancaman Perkasa(m) tidak siapa pedulikan lagi. Nampak semuanya sedia bermandi darah dengan Perkasa (m) atau ketuanya, Ibrahim Ali. Kata-kata ingtan dan ancaman Ibrahim yang bersifat rasis dan perkauman itu tidak sedikit pun menggetarkan sesiapa. Sesiapa pun tidak hairankan kepada Ibrahim Ali. Secebis penghormatan pun tidak ada lagi kepadanya. Usahkan pendokong Bersih, semut hitam yang kecil juga tidak hairan dengan Ibrahim.

Jadi berdasar kepada andaian tadi maka usah menggagalkan Bersih akan diteruskan. Pada saya ada dua saja kemungkinan akan diambil oleh pihak UBN untuk gagalkan Bersih setelah gerombolan Perkasa(m) dan Pemuda Umno yang hendak dihantar menjadi benteng tidak berjaya; pertama mungkin penangkapan ke atas beberapa penggerak Bersih akan dilakukan.

Menjelang sehari untuk berhimpun polis akan mengutip seorang demi seorang, lokapkan mereka. Dengan cara ini ia boleh melumpuhkan himpunan berkenaan. Kedua, ialah dengan menasihat Yang Dipertua Agong supaya mengeluarkan titah membatalkan himpunan berkenaan. Seperti mana yang dilakukan di Pulau Pinang bagi mengagalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala-ala pilihan raya, ia akan dilakukan terhadap Bersih. Akan dicarikan mana-mana ruang kuasa yang ada kepada Agong untuk menjustifikasikan larangan itu.

Ada orang berpendapat Agong tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Tetapi berpandukan kepada beberapa peristiwa lampau kerajaan UBN tidak akan mempedulikan sama ada apa yang dibuat itu menurut perlembagaan atau sebaliknya, kalau keadaan menekannya apa saja dilakukan. Bukankah UBN dikenal dengan kerajaan zalim dan kejam dan perogol perlembagaan dan hak rakyat sejak dulu kini dan selamanya?

Iya UBN akan melakukan apa saja. Semua kekuatan pasukan pertahanan akan digunakan. Dari Rela, polis, FRU hatta tentera juga akan digunakan kali ini. Dan UBN kena pertahankan ini kerana impilikasi dari himpunan Bersih kali ini adalah besar. Sekiranya himpunan ini gagal mencapai sasaran tetapi dari segi maksud dan semangat ia sudah pun berjaya. Kerana apa yang saya lihat dari himpunan Bersih itu bukan sangat mengharapkan kerajaan melunasi lapan tuntutan tetapi ia hanya mahu mencipta ombak untuk mengelorakan orang ramai menjelang pilihan raya ke-13 kelak. Itulah tujuan dan itulah matlamat

Tiada ulasan: