"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Blogger 'Papa Gomo' Dicabar Dedah Klip Penuh - Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar blogger Papa Gomo supaya mendedahkan keseluruhan klip yang disiarkan dalam laman web papagomo.blogspot.com petang semalam.

Cabaran ini dibuat beliau berikutan klip yang disiarkan terlalu pendek sedangkan beliau bersama trio 'Datuk T' adalah lebih daripada setengah jam. 

Klip video berdurasi dua minit tersebut memaparkan trio 'Datuk T' bersama Datuk Johari Abdul menonton video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Johari juga menafikan bahawa beliau mengakui kepada trio 'Datuk T' pelaku dalam video terbabit adalah Anwar. 
-tvsnews-

Tiada ulasan: