"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis serbu, gelidah sekretariat BERSIH 2.0

Sekretariat BERSIH 2.0 hari ini diserbu dan digelidah oleh polis.

Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

Pejabat BERSIH 2.o terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya.

Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.
Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.

Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggelidah pejabat itu.

Sasaran mereka adealah baju-T BERSIH yang sedang dihitung jumlahnya itu oleh polis.

Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: