"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersih: Polis sendiri menyalahi undang-undang – N.Surendran


Nabihah Hamid
Kuala Lumpur: Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata,  polis sendiri menyalahi undang-undang apabila menangkap pimpinan politik, NGO dan orang ramai yang dikaitkan dengan Perhimpunan Bersih 2.0.
Terbaru, dua pimpinan Pakatan, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai bersama dua yang lain ditahan pukul 10 pagi tadi.
Ia berikutan penglibatan mereka mengedar risalah Bersihdi Pasar Gunung Rapat, Gopeng meskipun ketika ditahan Dr Lee hanya memakai baju kuning  biasa.
“Mereka (Polis) sepatutnya menegakkan undang-undang tetapi mereka sendiri menyalahi undang-undang. Polis seolah tidak menghormati hak asasi rakyat di bawah perlembagaan persekutuan,” kata Surendran.
“Atas kesalahan apa mereka ditangkap? Tiada apa-apa akta yang sabitkan kesalahan untuk mengedarkan risalah,”
“Tindakan polis menggambarkan kita berada dibawah negara diktator atau negara polis yang bukannya demokrasi tetapi diktator-fasis,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.
Pagi semalam, polis turut menahan 14 termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang di Sungai Siput, Perak  menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditahan  meningkat 95 orang.
Susulan itu, pakar perlembagaan , Profesor Dr Abdul Aziz Bari menegaskan Menteri dan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mempromosikan himpunan itu.

Tiada ulasan: