KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini berikutan ucapannya yang menyentuh kepentingan Himpunan Bersih 2.0 di Brickfield minggu lalu.
“Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan,” kata kenyataan dari ibu pejabat parti kepada Keadilan Daily.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang akan ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 5 petang.
Mengikut paparan twitter, turut dipanggil memberi keterangan ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran, Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan peguam Lawyer For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri .
Petang semalam, polis menyiasat dan mengambil keterangan daripada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipercayai berhubung puisi ‘Unggun Bersih’ pada majlis pelancaran Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.
Siasatan terhadap Pak Samad itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis.
Turut dipanggil polis ialah Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan