Sidiqin Omar
SHAH ALAM: Paku ditabur sekitar kawasan tempat letak kereta program solat hajat dan pidato khas sempena Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam yang berakhir tengah malam tadi,
Seorang aktivis PAS Shah Alam, Mohd Khairul Afandi Ibrahim memberitahuKeadilanDaily, mereka menemui ratusan paku dan benda tajam yang ditabur selepas aduan orang ramai.
Lambakan paku yang ditemui Unit Amal PAS

Ribuan hadir program yang menampilkan antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi serta wakil sekrertariat Bersih, Arumugam.
Antara ribuan umat Islam yang menyertai solat hajat sempena Himpunan Bersih 2.0

Pada kejadian di pintu masuk Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju Bersih yang dijual.
Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.
“Jangan bagi mereka masuk,” kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.
Kelihatan dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.
Keadaan hampir 10 minit itu mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan