Zainulfaqar Yaacob
GEORGETOWN, 1 Julai: Umno Pulau Pinang khabarnya merancang satu demontrasi agresif di Komtar, di sini selepas solat Jumaat nanti.
Ini kerana kononnya mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menyokong rakyat menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di ibu negara.
Dari sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima Penangdaily malam tadi, demontrasi itu dirancang bermula dengan perarakan dari Masjid Kapitan Keling melalui Chulia Street dan Penang Road menuju ke Komtar yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Mereka yang terbabit turut dikerah membawa sepanduk anti kerajaan.
Demonstrasi itu khabarnya diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sendiri.
Demonstrasi tanpa permit polis itu dijangka akan disertai lebih 1,000 pemuda Umno negeri dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan pro Barisan Nasional seperti Kimma dan Perkasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan