Ust Saiful Bahri
Nampaknya bukan manusia sahaja ada hak untuk berhimpun tetapi juga hak untuk binatang. Binatang pun tahu marah apabila diganggu perhimpunan mereka, sedang mereka tidak menganggu manusia lain. Kalau ye pun nak lalu, mintaklah dengan cara yang baik. Ini main langgar-langgar ni apa main!!!
MANILA – Berang kerana dilanggar ketika berkumpul ditengah jalan, seekor kerbau betina yang sedang hamil menanduk hingga mati seorang bekas tentara Australia di Filipina. Bekas tentara berusia 60 tahun itu, Terrence Binney, pulang dari satu kelab malam di Victoria, pinggir Kota Manila.
Di tengah kegelapan malam, beliau melalui jalan kampong dengan menaiki motorsikal dan dengan tidak sengaja, pada malam hari itu Binney melanggar sekumpulan kerbau yang berkumpul ditengah jalan di pinggir kota itu. Rupanya tindak balas dari kerbau itu rupanya lebih ganas. Binney diserang dan ditanduk sekuat tenaganya, sehinggakan salah satu tanduk kerbau betina itu dilaporkan tercabut dari kepalanya.
"Anda tahulah bagaimana tindakan kerbau, binatang tersebut menyerang dan menanduk orang kalau merasa terganggu," kata polis setempat, Sumilang, melalui telepon. Dalam bahasa Tagalog, kerbau disebut carabao. Dengan berat sehingga 900 kilogram dan panjangnya melebihi tiga meter dan tanduk yang melintang panjang di kepala sudah cukup untuk menewaskan Binney dan membunuhnya.
Bagaimana nasib carabao sang penanduk nyawa tentara itu? Dia ditangkap dan dikurung dalam kandang oleh pihak polis setelah kejadian itu. Isteri Binney, warganegara Filipina belum memutuskan apakah akan mengajukan tuntutan undang-undang terhadap petani pemilik carabao itu yang boleh dihukum sehingga 6 tahun penjara kerana kelalaian membiarkan ternakannya itu.
Pemilik kerbau tersebut memberi lapuran polis dan memohon maaf. Ia mengatakan keluarganya sangat miskin dan tak seorang pun ingin peristiwa ini terjadi," kata Sumilang lagi.
Hah! Habis kudrat, habis tenaga. Sampai tercabut tanduk. Kalau semua pimpinan Bersih 2.0 berdemontrasi bersama menunggang kerbau, agak-agaknya pihak polis sanggup menyerang dan menggunakan gas tak? Fru dengan topi & pengadang merahnya mesti menjadi tarikan kerbau. Agak-agaknya dengan lori penyembur gas tu diserbu. Siaplah nanti, semua lembu-lembu dan kerbau pulak di siasat. Apa nak jadi dengan Malaysia ni. Sekarang dah fobia dengan warna kuning!!!
Bersih 2.0: Tentera ditanduk mati kerana menganggu perhimpunan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan