Ust saiful Bahri
Bagaimana umat yang terdahulu sehingga menjangkau usia ribuan tahun. Umur Nabi Noh a.s mencecah 1,000 tahun. Nabi Ibrahim a.s mencecah 450 tahun. Bagaimana wajah mereka yang lambat tua itu berbanding sekarang apabila mencecah lebih setengah abad dah mula kerepot. kerana itulah banyak ubatan dan kajian untuk menghalang proses penuaan.
Kalaulah benar wujud ubat sedemikian, nescaya berapa harganya, pasti mereka sanggup bayar. golongan hartawan, jutawan, billionaire yang duit menimbun yang dah takde nilai buat mereka. Apalah sangat kalau ada ubat bernilai ratusan ribu sekalipun, pasti mereka membelinya.
Kalaulah Rosmah selaku isteri PM sanggup menghabiskan RM 1 Juta untuk beg-begnya sahaja... agaknya berapa beliau sanggup beli pil awet muda ini???? yelah!! untuk terus kekal muda. Boleh setara wajah Ziana zain ataupun semuda Althantunya pun dah OK. Taklah jemu najib melihatnya....
AMSTERDAM - Sepuluh tahun lalu ilmuwan Belanda, Jan Hoeijmakers, menemukan bahwa sel-sel manusia menua apabila DNA tidak boleh lagi memproses ganti sel yang rosak. Semua orang menjadi tua, tapi waktu dan caranya berbeza. Hal tersebut kerana berbagai organ di tubuh menua dengan kecepatan dan kadar yang berbeza.
Hoeijmakers kini sedang mengembangkan berbagai cara dan mungkin pula sejumlah pil anti tua. Dengan penemuan tersebut, orang nantinya akan menjadi tua tetapi dengan cara yang lebih sihat.
Menurut Hoeijmakers, proses penuaan itu terjadi terus menerus dan juga terjadi pada anak-anak. Tapi, tiap sel punya helpdesk sendiri yang terus mereparasi DNA apabila terjadi kerosakan. ''Tetapi apabila sistem reparasi DNA ini tidak boleh lagi melaksanakan kerjanya atau apabila muncul berbagai kesalahan, maka prose situ terbantut,'' kata Hoeijmakers dalam artikelnya yang dimuat surat kabar NRC Handelsblad.
Ini juga boleh menyebabkan sel-sel tumor dan kanser tumbuh di badan sebab itulah, semakin tua seseorang itu semakin besar kemungkinan mengalami kanser. Pakar Belanda itu menyatakan telah menemui kunci dari proses penuaan. Dia sekarang sedang mencari suatu zat di dalam darah manusia. Yaitu zat yang peka untuk tiap jenis penuaan di tubuh.
Bersama team beliau, ia kini mendirikan pusat kajian untuk mengeluarkan ubatan dan gizi yang boleh memperlambat berbagai bentuk proses penuaan. "Itu termasuk zat anti-oksida. Zat ini boleh membantu mengatur proses penuaan bersesuaian. '' katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan