"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bn Perak Tidak Yakin Dan Bakal lantik MB baru?

http://trinitychuayievin.files.wordpress.com/2010/09/muhyiddin.jpgDewan Pemuda PAS Negeri Perak pertamanya melihat kekerapan turun padang pimpinan utama Umno / Barisan Nasional (BN) ke Negeri Perak terutama Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin dalam pelbagai program termasuk program rasmi kerajaan tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Perak kembali dikuasai oleh BN. Malah kekerapan mereka terpaksa bagi memastikan BN Negeri Perak benar-benar berjaya kembali dengan apa sahaja cara sekali pun.

Bagi melihat keadaan ini, setelah kenyataan terbaru Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang merasakan keyakinan BN mampu kembali untuk menguasai Perak. Dengan pelbagai kemungkinan sama ada Umno akan meningkatkan peruntukan kerusi mereka atau Kompenan BN yang lain akan dikurangkan kerusi mereka. Ini termasuk sama ada kebanyakkan muka baru calon daripada BN termasuk calon muda mereka yang hangat diperkatakan.

Malah jika khabar angin yang mengatakan seorang Menteri Pusat akan kembali ke Perak sebagai Menteri Besar yang baru jika BN kembali menguasai pentadbiran kerajaan negeri juga sudah kedengaran.

Disebabkan itulah ramai Menteri Pusat acap kali turun padang untuk mengadakan pelbagai program bagi tujuan tersebut jika dilihat bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak sebenarnya ada calon Menteri Besar yang baru tersebut dan bukannya Datuk Seri Zambry.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: