"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

`Wabak Demam Kuning' Melanda Negara? Satu Hikayat..

wfauzdin_ns
Warna `KUNING' di lampu Isyarat bakal ditukar?

`DEMAM Kuning' melanda negara waktu ini. Nampaknya pihak pemerintah bersungguh-sungguh untuk menghalang `virus demam kuning' dari merebak ke merata pelusuk negeri. Namun, dikhabarkan sudah terlewat kerana `wabak kuning' ini telah pun semakin meresap ke setiap nadi rakyat yang cintakan keamanan dan keadilan.


Diburu?

Berbagai perkhabaran angin di dengar angkara `wabak' ini. Melalui Face Book dan cerita dari mulut ke mulut, di antara lain kisah tragis berkaitan `wabak demam kuning' ini dapat saya kumpulkan seperti berikut:

1. Beberapa gerai mainan di sekitar pasar malam dan kedai menjual patung mainan diserbu pihak berkuasa untuk mencari `spongebob' untuk ditahan kerana patung mainan tersebut berwarna `KUNING'.

Sami berbaju KUNING

2. Diberitakan operasi khas sedang dilakukan serentak di seluruh negara untuk menukar lampu warna KUNING di setiap lampu isyarat di jalanraya.

3. Khabar angin menyebut artis terkenal NING Baizura kini berada di dalam ketakutan kerana diburu oleh pihak tertentu angkara namanya terdapat unsur-unsur KeKUNINGAN'.

4. Beberapa hospital dikejutkan dengan satu operasi besar-besaran untuk menangkap dan menggari bayi-bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit KUNING.

5. Sebuah sekolah rendah hari ini yang sedang melangsungkan pertandingan sukan diserbu oleh pihak berkuasa dan mereka telah merobohkan sebuah khemah untuk peserta-peserta sukan. Diberitakan Guru Besar sekolah tersebut diberi amaran keras kerana mewujudkan khemah yang tertulis di depan RUMAH KUNING.

6. Khabar angin bertiup kencang menyebut beberapa Sami telah ditahan kerana memakai pakaian KUNING di dalam Tokong mereka.

Itu lah di antara khabar-khabar angin yang bertiup kencang akibat `wabak demam KUNING' yang mengerikan ini. Difahamkan seorang Profesor kangkung dari jurusan perubatan memberi pandangan bahawa `Wabak Demam Kuning' ini boleh diatasi dengan warna `MERAH Patriot'.

Walau bagaimanapun, seorang bomoh politik dari Sarawak mendedahkan rahsia untuk mematahkan `wabak demam kuning' yang melanda sekarang. Bomoh tersebut mendedahkan bahawa wabak yang menakutkan ini hanya boleh dihapuskan dengan mengumpulkan beberapa ekor `katak puru' yang mesti dibawa dari Pasir Mas. Bomoh tersebut sebelum ini pernash digunakan oleh seorang pemimpin politik di Sarawak, khabarnya.

Berbagai usaha telah dilakukan melalui jabatan-jabatan kerajaan dan seluruh media untuk memberi peringatan kepada rakyat tentang `wabak demam KUNING' ini. Wabak ini perlu dibenteras dan dihapuskan sebelum 09 Jul nanti. Jika tidak, wabak ini akan memberi kesan kepada Putarajaya. Itulah cerita-cerita yang saya dengar. 
wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: