"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BERSIH 2.0 : Sediakan Sekuad Tangkap Pihak Provokasi

Sila Ambil perhatian kepada PR dan Pihak penganjur Perhimpuan Aman BERSIH pada 9 Julai ini.Anda perlu menubuhkan satu Skuad Menangkap pihak-pihak Provokasi yang semestinya ada dalam kalangan ahli-ahli BERSIH sendiri.Mereka ini telah diupah untuk menyamar sebagai kumpulan Bersih bagi menimbulkan provokasi dan kekecohan dalam kumpulan bersih sendiri.Ini adalah tujuan bagi menunukkan bahawa Kumpulan Bersih bersikap ganas dan menibulkan huru hara  seterusnya akan dilabel sebagai ancaman besar kepada negara.

Akhirnya tindak-tanduk yang dicetuskan oleh pihak provokasi upahan ini berjaya memburukkan imej kumpulan bersih dan seterusnya bagi membolehkan tangkapan dan pendakwaan dilakukan terhadap kumpulan ini.

Kumpulan  Skuad Menangkap Pihak Provokasi ini perlu berada secara rawak dalam Perhimpunan Besar itu nanti bagi memudahkan pihak-pihak provokasi ini dapat dikenal pasti seterusnya ditangkap.Langkah ini amat perlu bagi menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap ahli-ahli kumpulan Bersih.

Selain itu juga skuad ini bertindak sebagai menjaga keselamatan kepada seluruh peserta kumpulan Bersih.Unit Keselamatan dan Unit Kecemasan juga perlu berada dalampergerakan kumpulan Bersih bagi memastika semua peserta berada dalam keadaan ytang selamat.

Tiada ulasan: