"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ambiga : Allahyarham Baharuddin Wira Bersih


ULU KELANG, 10 JULAI: Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada salah seorang peserta Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai himpunan itu semalam di kediaman Allahyarham di AU3 Keramat.
Antara yang kelihatan, ahli parlimen Gombak, Azmin Ali, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Mereka yang ditemui Tv Selangor mendoakan Allayarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ambiga dan Maria Chin Abdullah yang turut serta di rumah keluarga Allahyarham gagal menahan sebak tatkala ditemuramah wartawan sambil menyifatkan Baharuddin sebagai wira Bersih

Sementara itu,Azmin turut menyuarakan kekesalan beliau di atas tindakan polis yang terus melepaskan tembakan gas pemedih mata secara terus kepada rakyat.

Bagi Nurul Izzah pula, polis harus segera menghentikan keganasan terhadap rakyat yang mahu berhimpun secara aman.

Beliau turut memaklumkan ayah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan hadir untuk melawat dalam masa terdekat kerana masih berada di wad.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga baru tiba sebentar tadi.

(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)
Gambar Harakahdaily

Allahyarham Baharuddin Ahmad, 59  meninggal dunia semalam setelah terjatuh di perkarangan KLCC pada perhimpunan aman anjuran 62 badan bukan kerajaan semalam.

Allahyarham merupakan suami kepada Ketua Wanita PKR Setiawangsa, Rusni Melan.

Beliau dikatakan rebah akibat sesak nafas akibat daripada semburan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis.
Solat jenazah akan diadakan sekitar jam 11 pagi ini di Surau Kelompok Camar dan akan dikebumikan di tanah perkuburan AU4. 

Tiada ulasan: