"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

99.5 peratus pemimpin UMNO munafik

mohdnoorawang

Tiada ribut dan tiada hujan, namum bumi Malaysia dikejutkan dengan "MALAYSIA NEGARA KRISTIAN" dicanangkan oleh akbar lidah rasmi UMNO, utusan malaysia. 

Jelas UMNO dan Najib sudah "mati kutu" dan bersifat rasis malah perasaan benci dan tidak tenteram atau rasa selamat dipermainkan oleh pemipimpin UMNO dan Najib Razak. Menggunakan media terutama utusan malaysia dan tv3 sebagai media propaganda.

Malah dilhat dengan jelas ramai pemimpin UMNO bersifat munafik dan penipu wang rakyat, dengan alasan yang penuh tipudaya.

Bermula dengan rampasan kerajaan Perak dari pakatan rakyat sehinggga kini UMNO dan Najib Razak kerap kali mempermainkan isu ugama dan kaum.

Cukup jelas isu ugama dan antara kaum telah diperbesarkan oleh pemimpin UMNO sendiri melalui media cetak dan media tv. Rakyat dan kaum di Malaysia rasa takut dan  tidak harmoni. 

Disarankan semua pemimpin BN/UMNO khasnya Najib Razak sebagai boss no satu dalam BN/UMNO  jangan cuba bermain api isu kaum dan ugama. Rakyat sedar hampir 99.5 peratus pemimpin UMNO/BN penipu dan pengkhianat dan bersifat munafik.

Jagalah segala maruah diri dan bangsa. Rakyat sudah tertipu dengan idea dan saranan serta tranformasi ekonomi dan politik yang dilaungkan oleh Najib Razak.

Wahai Najib Razak dan UMNO rakyat Malaysia sekarang cukup tertekan dengan isu harga barang yang naik, isu kaum melayu yang bunuh diri, isu moral pemimpin UMNO dan isu moral kaum remaja melayu, isu kaum melayu puluhan ribu yang tercicir dalam pelajaran, isu kaum belia melayu yang hanyut dan tidak ada pekerajaan sekadar tamat tingkatan lima sahaja.

Wahai Najib Razak dan UMNO hentikan isu watak seks atau lucah dimedia. Rakyat inginkan hidup aman dan tenteram.

Wahai Najib Razak jelaskan isu kematian mengejut pegawai kerajaan, Jelas kematiannya bukan membunuh diri.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia yang perihatin dan fikiran yang sihat, selamatkan Malaysia dari pemimpin BN/UMNO yang korup, penipu dan bersifat munafik. 

Ramai ramai pakat pangkah pakatan rakyat pada PU13. Walaupun Anwar Ibrahim dipenjara, Kita bangkit ramai ramai ubah kerajaan BN/UMNO dalam masa 54 tahun berkuasa dalam penipu dan pengkhianat bangsa dan tanah air.

Jangan takut undi pakatan rakyat. Berilah peluang kali pertama dalam sejarah. Kita cuba lihat apa yang dibuat dan dirancang oleh pemimpin pakatan rakyat. 

Tiada ulasan: