"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib sedia terjun laut?

Ust saiful Bahri
terjun danau tobaGambar hanya hiasan.Kalau sudah meluat, dibuat apapun sudah tak berkenan. Kecuali yang hatinya mudah cair. Dipujuk sedikit dan dirayu, hati mudah cair. Mungkin itu hati melayu. Sebab itu UMNO-BN mudah menggula-gula orang melayu. Toksah beri bunga. Tak perlu buktikan. Bagi teh secawan dah undi Umno.. dulu,kini & selamanya! Apatah lagi orang melayu mudah lupa. Kata-kata yang dipopularkan sendiri oleh Tun Mahathir. Sebab itu kes penipuan Umno-BN yang diketuai oleh Najib dalam menjatuhkan kerajaan Perak sudah dilupakan. Mereka dikatakan selesa dengan Umno kembali. 

Lihat dalam Pru Sarawak. Apa yang orang melayu dapat? Kekal ditakuk lama. Bagi orang cina betapa banyak projek dilaburkan. Berapa banyak peruntukan dicurah. Sekolah, jalanraya, projek dan sebagainya tetapi mereka tetap menolak BN. Begitu juga bagi yang dah meluat dengan Umno-BN. Toksah nak pujuk rayu. Mulut saje merah. Bibir saje manis. Tapi sudah arif busuk dan kejinya disebalik Umno itu. Sebab itu masyarakat bandar termasuk melayu yang bermaklumat dan tidak mudah ditipu dengan perlakuan Umno tetap tidak menerima dan menolak Umno-BN. Pas sendiri pun sudah lama tak berminat untuk bergabung dengan Umno-BN meskipun pemimpin mereka terjun laut sekali pun. Kalau dengar rayuan pimpinan mereka, lautan api sanggup renang demi untuk rakyat!!! Pirah!!!

Selepas Pru nanti kalau Umno-BN kehilangan kuasa, kita nak tengok mereka nak terjun kemana? Penjara Kajang, banyak lagi tempat kososng!!!

BERLIN-- Apapun demi cinta. Mungkin itu yang ada di otak seorang warga negara Poland yang melompat dan terjun dari kapal pesiaran. Lelaki itu sedang bersiar ke danau yang airnya sangat sejuk untuk membuktikan cintanya pada istrinya.

Tapi "untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak", lelaki itu (29), malah kehilangan seluar panjang, dompetnya dan berakhir dengan didenda, kata pihak polis. Lelaki tersebut melompat dari dek kapal pelancong ke Danau Moehne, yang suhu airnya mencecah 15 Celsius di Jerman barat pada Rabu lalu. 

Bimbang ada cubaan bunuh diri, kapten kapal menghubungi polis dan petugas pemadam kebakaran dan pelancong nekad itu diselamatkan, tapi tanpa seluar dan dompetnya yang hilang ketika ia melompat. Ia juga didenda oleh pihak bomba kerana membuang waktu bertugasnya.

Ia "cuma mau membuktikan cintanya kepada istrinya", kata Schnieders, jurucakap polis. Namun yang paling malang si istri "tidak bangga" dengan tindakan suaminya, tambah Schnieders lagi. 

Amacam! Najib sedia terjun tak demi cinta terhadap Rosmah???

Tiada ulasan: