"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor-doktor pun semakin menyampah dengan Umno BN

amkns
Jangan salahkan para doktor yang semakin menyampah dengan kerajaan Umno BN. Keluhan mereka tidak didengari. Hospital Kuala Lumpur semakin sesak macam Bas Mini , macam ikan sardin dalam tin. Menterinya dok sibuk kalau orang Cina tak sokong MCA, tiada lagi orang Cina jadi Menteri Kabinet. Ayuh para doktor, jururawat, atendan hospital, luahkan kemarahan anda terhadap kerajaan Umno BN yang terlalu sibuk dengan politik hingga tidak mendengar keluhan anda dan para pesakit. 

Artikel sebelum ini :

Begitu ramai lambakan doktor yang tidak terlatih di Malaysia. Rujuk: amkns.blogspot.com

Umno hanya mampu bina Batu Asas Hospital Rembau saja, tapi tak ada duit nak bina Hospital Rembau, janji tinggal janji di amkns.blogspot.com

HKL ‘hospital bas mini’
Utusan Malaysia 7 MEI 2011

SEBELUM ini saya menolak persepsi orang ramai bahawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah hospital bas mini. Tetapi, bila melangkah kaki ke HKL, benarlah apa yang dikatakan. Antaranya, keadaan wad utama (aras empat, nombor 18) yang daif, penuh dengan pesakit, katil tidak tersusun serta tiada ruang menunggu bagi tetamu, tidak ubah seperti berada di dalam bas mini.

Lif seperti lif rumah pangsa. Disediakan tiga lif, tetapi hanya dua sahaja berfungsi dengan baik dan perlu berasak-asak.

Tempat letak kereta, rasanya jika dikenakan bayaran, perlulah keadaan jalan yang sempurna (tidak berlubang) dan berasa selamat jika meletak kenderaan di situ.

SIR LOOKMEN

Batu Caves, Selangor


 

Tiada ulasan: