"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengajaran penting, tak cukup hanya menjual nama untuk berniaga

Dua jam kena ‘sidai’ tapi penceramah salahkan kos bahan mentah naik
Harapandaily

Seorang penceramah selebriti mendakwa kos bahan mentah yang semakin naik antara punca dia menutup kafe miliknya.

Bagaimanapun, rata-rata ‘review’ pelanggan premis kafe milik Ustazah Asma’ Harun itu meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan servis yang disediakan.

Ada pelanggan yang mengadu mereka terpaksa menunggu sehingga hampir dua jam untuk makanan siap dihidangkan di meja.

“Kami tunggu makanan hampir dua jam. Akhirnya batal je,” kata Nor Humairaq Musa.

Seorang pengguna X, @tinkerb3ll4 pula memberitahu dia pernah makan di Momen Kafe memandangkan ibunya peminat Ustazah Asma.

“Tetapi servis terlalu teruk sehingga ibu saya meninggalkan nota tentang apa yang dia boleh perbaiki.

“Makanan sejam lebih (sampai), tak sedap, laksa terlalu masin, missed order. Baguslah tutup bisnes,” katanya.

Terdahulu, Asma’ mengumumkan penutupan Momen Kafe di Bandar Prima Senawang, Seremban selepas hanya mampu beroperasi selama setahun.

“Setiap bulan kami negatif RM30,000. Tuan-tuan bayangkan, setahun kami bertahan, kerugian kami dianggarkan lebih RM300,000.

“Selepas sebulan berniaga, kami tanyalah akauntan ada berapa duit dalam akaun.

“Dia jawab, ‘Ustazah, ada RM2,000’. Nak bayar gaji pekerja RM30,000. Nak bayar sewa,” terangnya semasa sesi siaran langsung kelmarin.

Dia juga menambah terpaksa meminjam, mengeluarkan wang simpanan, serta menjual aset serta barang kemas untuk memastikan kebajikan para pekerjanya terjamin.

“Sampailah kami kata, kami dah tak ada apa-apa lagi untuk menampung perniagaan kami ini.”

“Nak naikkan harga, kami tak sanggup,” katanya sambil menerangkan kos operasi dan bahan mentah termasuk makanan laut sangat tinggi.

Tiada ulasan: