"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa? Walau mampu mengarang Minda Presiden, MP Marang tidak hadir ke Parlimen: Ini alasan terkini

Harapandaily

Walaupun siri Minda Presiden bertajuk ‘Undang-undang di Rimba Mengatasi Majlis Keselamatan PBB’ disiarkan hari ini, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak hadir ke Dewan Rakyat.

Tiada kelibat Ahli Parlimen Marang berkenaan semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pagi tadi.

Namun, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman ada alasan terkini bagi menjelaskan ketidakhadiran tokoh yang sinonim dengan Amanat Haji Hadi itu.

Syahir yang juga Setiausaha Politik kepada Abdul Hadi itu memberitahu, keadaan kesihatan Abdul Hadi masih tidak mengizinkan dan dalam tempoh pemulihan.

Bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal itu juga dikatakan masih mempunyai beberapa rawatan susulan di sebuah hospital di Terengganu.

Menurut Syahir, surat dan sijil cuti sakit sudah dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul semalam.

“Kesihatan Tuan Guru (Abdul Hadi) tidak mengizinkan, masih dalam tempoh pemulihan. Ada beberapa rawatan susulan di Terengganu.

“Surat dan sijil cuti sakit (MC) hospital sudah dihantar kepada Tan Sri Speaker semalam (25 Februari),” lapor BH memetik kenyataan Syahir menerusi aplikasi WhatsApp.

Pagi tadi, kerusi Abdul Hadi di barisan hadapan blok pembangkang dilihat kosong semasa titah sulung Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, kehadiran Hadi ke Parlimen amat rendah dengan hanya menghadiri 33 daripada 103 sesi Parlimen sejak 26 Julai 2021.

Angka itu menurut data yang dikumpulkan Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) melalui inisiatif MyMP.

Hadi menguasai kerusi Parlimen Marang sebanyak tujuh penggal bermula pada 1990. Hanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dia kalah kepada Umno.

Walaupun kehadirannya di Dewan Rakyat boleh dibilang dengan jari, Hadi meraih sokongan tertinggi pada PRU 2022 dengan 67.04 peratus undian.

Jumlah itu adalah rekod paling tinggi dicapai Hadi sejak mula memenangi kerusi Parlimen Marang.

Tiada ulasan: