"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rogol amah: Mahkamah Rayuan kekalkan sabitan bersalah Paul Yong

Hidir Reduan Abdul Rashid

Bekas Adun Tronoh Paul Yong gagal dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan serta hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan berhubung dakwaan merogol pembantu rumahnya lima tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Hakim Hadhariah Syed Ismail dalam keputusan majoriti 2-1 menolak rayuan ahli politik Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu.

Bercakap bagi pihak pengerusi sidang rayuan Hadhariah dalam keputusan majoriti, Hakim Azman Abdullah memutuskan bahawa mahkamah tinggi tidak tersilap mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap perayu.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan kepada Yong selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Hakim Abdul Wahab Mohamed memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan terhadap bekas ahli DAP itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan lelaki berusia 53 tahun itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Ia juga membenarkan Yong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan dia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Yong didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat satu rumahnya di Taman Meru Desa, Ipoh, Perak, antara 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tiada ulasan: