"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki curi, sembunyi kuda di pangsapuri

KOSMO
SEORANG lelaki mencuri seekor kuda dan menyembunyikan di tingkat tiga sebuah apartmen di Wejherowo, baru-baru ini. - Foto Midjourney
WARSAW, Poland – Seorang pemuda berusia 19 tahun berdepan hukuman penjara lima tahun kerana mencuri seekor kuda dan cuba menyembunyikan haiwan itu di tingkat tiga sebuah bangunan kediaman, lapor laman berita Oddity Central.

Polis di bandar Wejherowo menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang dikatakan cuba membawa naik kuda ke tingkat atas sebuah bangunan pangsapuri. Mereka pada awalnya menyangka ia adalah satu gurauan.

Namun, si pemanggil menyatakan dia tidak bergurau, sebaliknya bertegas bahawa terdapat seekor kuda di tangga bangunan kediaman mereka yang sedang naik ke tingkat atas.

Sejurus anggota tiba untuk menyiasat, seorang pemuda didapati sedang membawa naik seekor kuda ke tingkat atas bangunan itu.

Dia juga kelihatan bertengkar dengan jiran-jiran yang tidak berpuas hati dan cuba menghalang perbuatannya.

Lelaki tersebut kemudian ditahan sebelum kuda itu dipulangkan kepada pemiliknya, yang membuat laporan mengenai kecuriannya sebelum itu.

Harga kuda itu dianggarkan sekitar 15,000 zloti Poland (RM18,034). – AGENSI

Tiada ulasan: