"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa punya bengap Ahli Parlimen PN ni, nama Agong pun tak tahu?

Ahli Parlimen Padang Serai diarah minta maaf kepada Agong
AZMAN, gambar fail. FOTO NSTP
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang Ahli Parlimen hari ini diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat selepas secara salah menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
 
Arahan itu dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul kepada Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai).

"Pada semalam 28 Februari 2024 semasa berucap, YB (Yang Berhormat) Padang Serai telah salah menyebut nama Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Kesalahan ini amat serius kerana ia diucapkan dalam dewan. Saya sebagai Speaker yang bertanggungjawab tidak kira sebelah kiri atau sebelah kanan mesti bertanggungjawab atas kesalahan-kesalahan yang telah YB sebut.

"Untuk itu, saya dengan ini memerintahkan YB bangun, memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Azman kemudiannya bangun dan membuat permohonan maaf serta berikrar kekhilafan seperti itu tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

"Terlebih dahulu, saya saya ingin memohon keampunan dan kemaafan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kekhilafan dan kesilapan saya semasa menyampaikan ucapan saya petang semalam.

"...kerana telah menyebut Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.

"Sepatutnya Ke Bawah Duli Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Saya berikrar, kekhilafan seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan," katanya.

Johari kemudiannya mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen agar berhati-hati menuturkan kata-kata terutamanya membabitkan nama Yang di-Pertuan Agong.

"Untuk itu, saya harap ini menjadi pedoman kepada kita dan jangan berulang lagi," katanya.

Tiada ulasan: