"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu maut dipukul anak

Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Wanita maut dipercayai dipukul anak kandungnya yang di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah di Kampung Jawa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 9.45 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa adalah suri rumah berusia 56 tahun yang tinggal bersama suami dan anak lelaki yang juga suspek berumur 33 tahun.

"Mangsa difahamkan berselisih faham dengan suspek sehingga menyebabkan suspek memukulnya menggunakan kasut jenis safety boot dan tukul besi sebelum melarikan diri.

"Bertindak atas maklumat, suspek yang bekerja sebagai tukang gunting rambut ditangkap pada 11.30 pagi di tempat kerjanya di Taman Sentosa Klang dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

"Semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkait dadah dan satu rekod jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Salwani Samsudin di talian 0132444234," katanya

Tiada ulasan: