"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akta ‘anti-Ali Baba’ bakal dibentang hujung tahun ini

FMT Reporters

PETALING JAYA: Undang-undang anti-Ali Baba atau dikenali sebagai akta “anti-rent seeking” bagi membolehkan tindakan diambil terhadap rakyat tempatan yang “menyewakan” lesen perniagaan kepada pekerja asing dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat hujung tahun ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pihaknya kini dalam proses melaksanakan kajian bagi menyediakan kerangka akta berkenaan.

“Proses penyediaan draf akta ini akan dilaksana dengan mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan.

“Tujuannya adalah bagi mendapatkan perspektif yang jelas tentang isu berkaitan ‘Ali-Baba’ kerana isu ini merentasi pelbagai sektor serta tindakan undang-undang yang bersesuaian,” katanya menerusi jawapan kepada pertanyaan lisan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab Alias Razak (PN-Kuala Nerus) yang mempersoalkan perkembangan terkini akta berkaitan bagi membendung kegiatan menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing yang semakin berleluasa dalam sektor ekonomi gig dan peruncitan.

Disember lalu, komuniti perniagaan menggesa agar kerajaan memperkenalkan undang-undang anti-Ali Baba bagi menyelamatkan ekonomi warga tempatan yang didakwa semakin diancam warga asing.

Mereka mendakwa undang-undang kini termasuk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) “kurang taring” sehingga menyaksikan sebilangan kawasan sektor perniagaannya dikuasai pendatang asing.

Isu itu kembali berbangkit apabila operasi besar-besaran memberkas pendatang tanpa izin di Jalan Silang, Kuala Lumpur Khamis lepas mendapati banyak lesen penduduk tempatan digunakan warga asing untuk berniaga.

Tiada ulasan: