"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abdullah Antong - Bertaubatlah kamu!

Susah! Susah! Susah nak percaya! Setiausaha DUN Perak , Abdullah Antong Sabri boleh mengeluarkan kenyataan macam itu.Macam mana boleh jadi begitu?

Tentu ada kuasa 'hitam' disebalik tindakan Abdullah Antong itu. Sebelum ini pelbagai langkah diambil bagi mengelakan DUN Perak bersidang.

Mula-mula melalui tindakan LA yang cuba menghalang pengedaran surat notis , diikuti pula dengan kenyataan Najib yang berlagak macam Peguam Negara dan diPak Turuti oleh Zambri yang membuat kenyataan saling tak tumpah ikut skrip Najib ; terkini, kenyataan dari Abdullah Antong!

Rakyat Perak berharap kebawah Duli alSultan tidak mengambil langkah yang tidak mesra rakyat.Sampai bilakah mereka mahu memperalatkan Istana untuk kepentingan politik kotor mereka?

Rakyat Tuanku masih ingat titah Tuanku semasa Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Khas Darjah Kebesaran Jubli Perak di Istana Iskandariah tidak lama dulu :

"Tahta boleh beralih dari istana ke muzium sejarah jika ia tidak diurus tadbir secara bijaksana dan adil. Sejarah menunjukkan bahawa kejatuhan sistem beraja bukanlah kerana sistem itu tidak baik, tetapi kerana berlakunya perilaku salah.

"Persengketaan sesama sendiri dan juga berpunca daripada Raja salah disembah nasihat oleh barisan pembesar dan pegawai istana yang memiliki kepentingan peribadi untuk menghimpun kekayaan atau mendapat pengaruh," titah baginda.

Kita amat bangga mempunya seorang Sulttan yang punya pendirian sedemikian rupa.Harapan kita titah baginda menjadi kenyataan untuk kita saksikan bersama.

Kita kini telah dapat menyaksikan ketegasan Speaker DUN kita, V.Sivakumar dalam kemelut politik negeri Perak ini.Saya pernah berkesempatan berbual dengan beliau dan beliau dengan tegas menyatakan kepada saya yang beliau sanggup mati walau apa pun yang akan terjadi!

Saya terpegun kerana ketegasan beliau walaupun dia seorang yang beragama Hindu,tentunya dia tidak pernah mendengat kalimat "wa-tujahiduna fi-sabililahi bi-amwalikum wa-anfusakum ; zalikum khairul lakum inkuntum ta'lamun"

Abdullah Antong sudah tentu biasa mendengar dan membacanya; ayat dari surah As-Saff yang bermaksud : "dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu; yang demikian itu adalah lebih baik sekiranya kamu mengetahuinya"

Amatlah malang bagi Abdullah Antong kerana orang Hindu mampu melaksanakan seruan jihad yang Allah rakamkan dalam al-Quran.Mudah-mudahan Abdullah akan bertaubat dan Sivakumar mendapat taufiq dan hidayah Allah suatu hari nanti.

Kepada Abdullah Antong, saya teringat kata-kata Tok Alim : Ajjilu bi-salati qablal faut; ajjilu bi-taubati qablat maut - Bersegeralah solat sebelum masanya luput, bersegeralah taubat sebelum (tibanya)ajal maut!                                                                                                                                                                 
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan: