"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat Kelantan Berjaya Dalam Ekonomi Kerana Semangat - Nik Aziz


   

KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kejayaan rakyat Kelantan dalam bidang ekonomi adalah kerana semangat setelah kecewa dengan sekatan oleh kerajaan Pusat sebelum ini.

Nik Aziz berkata sikap pemimpin Pusat mempertikai keinginan pelabur ke Kelantan menyebabkan rakyat naik muak dan semangat diguna untuk berusaha sendiri sehingga berjaya.

"Apabila pelabur datang dan bertanya hendak ke Kelantan dia (menteri) akan tanya balik...why Kelantan? (mengapa Kelantan?), why Kelantan?...u know la...(anda tau la)," katanya ketika mengulas kejayaan dalam bidang ekonomi oleh rakyat Kelantan sekarang.

Mursyidul Am Pas itu berkata matlamat utama kerajaan negeri juga mahu melihat rakyatnya memperolehi kekayaan secara halal.

"Bagaimana dia buat, apa yang dia hendak usaha, sama ada depu (gaharu) atau tanam lain, janji dibuat secara halal," katanya.

Bagaiamanapun beliau kesal dengan sikap rakyat yang suka membina rumah besar dan berkereta besar kerana boleh menyebabkan ekonomi tidak berkembang.

"Saya bimbang dengan rumah besar, kereta besar yang sepatut buat lain, bila bina rumah besar duit mati, wang tidak rolling," katanya.

Menyentuh penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam beliau berkata perkara itu dibolehkan, bagaimanapun terserahlah kepada kerajaan Pusat untuk menentukannya.

"Saya tidak mahu campur tangan dalam perkara ini, kerajaan Pusat yang membuat keputusan, kerana sebelum ini mereka anggap penggunaan God itu Allah, itu salah," katanya.

Sehubungan dengan itu terserah kepada kerajaan pusat menentukan tindakan dan berharap ianya tidak menimbulkan kebimbangan orang ramai.                                                                            
http://www.tvantara.com/v1/

Tiada ulasan: