"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak 3 tahun disiasat kes adik mati

Polis akan mengambil keterangan kanak-kanak berusia tiga tahun bagi membantu siasatan mengenai punca kematian adiknya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Supt Othman Nayan berkata seorang pegawai polis akan dihantar ke rumah
kanak-kanak itu bagi mendapatkan keterangan daripadanya, laporBernama.

"Kita terpaksa mengambil keterangan daripada kanak-kanak itu, walaupun agak sukar, polis akan cuba mendapatkannya," katanya  hari ini.

Kanak-kanak berusia setahun dua bulan itu dilaporkan mati ketika
dirawat di HUSM Kubang Kerian dengan kesan kecederaan pada kepala, dipercayai terkena benda keras.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II mengesahkan punca kematian kanak-kanak itu disebabkan kecederaan yang terdapat di kepala mangsa.

Dua hari lepas, bapa mangsa menghantar anak keduanya itu ke Kota Bharu Medical Center (KBMC) setelah dilihat tidak bermaya sebelum dirujuk ke HUSM.

Ketika kejadian, mangsa tinggal bersama kakaknya yang berusia tiga tahun, manakala ibu mangsa bekerja di sebuah Pusat Kesihatan di Gua Musang dan bapa keluar berniaga, lapor agensi berita itu lagi

"Terdapat dua eleman yang boleh dikaitkan dengan tragedi yang menimpa kanak-kanak itu, sama ada pelanggaran jenayah yang dilakukan secara langsung atau pengabaian tanggungjawab terhadap kanak-kanak.

"Mengikut Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2001, penjaga boleh dikaitkan dengan pengabaikan menjaga kanak-kanak sehingga menyebabkan berlaku bencana ke atas kanak-kanak itu," Othman dipetik berkata.                                                                                                                              -malaysiakini-

Tiada ulasan: