"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IPOH : RAIN TREE; KL RAIN-PUNISHED

Assalamualaikum,



3-3-2009. Sejarah dan rekod dunia dicipta di Perak. Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak terpaksa diadakan di bawah sebatangrain tree kerana tempat khas persidangan tidak boleh dimasuki setelah dikepung oleh polis.

Peristiwa tersebut telah menjadikan UMNO/BN malu besar kerana terdedah pekung mereka di mata dunia bahawa selama ini mereka berbohong mengatakan mereka mendokong demokrasi, tetapi jelas dapat ditonton oleh dunia bahawa sebenarnya mereka merogol demokrasi, dan mereka takut kepada demokrasi.

Yang malu besar daripada peristiwa tersebut ialah UMNO/BN.


Di Kuala Lumpur, pada petang hari yang sama, satu lagi sejarah telah dicipta. Semasa saya sedang memberi kuliah, tiba tiba berlaku satu dentuman yang maha kuat lagi gegak serta gempita. Petir yang sangat kuat meletup berhampiran dengan kawasan kami, sekali gus memutuskan bekalan letrik keseluruh fakulti dan mungkin juga seluruh kampus. Dewan kuliah menjadi gelap serta merta. Saya segera faham bahawa Allah menghendaki kami semua berhenti daripada rutin.

Saya bergegas balik rumah. Saya tahu, hujan lebat akan segera turun. Dengan keadaan langit yang gelita, saya dapat agak apa yang akan datang berikutnya. Hujan turun dengan lebat, sejumlah yang biasanya turun dalam masa sebulan tetapi turun dalam hanya 2 jam. Kuala Lumpur dilanda banjir yang sangat besar.


Seolah ingin memberi tahu, bahawa dosa yang dilakukan terhadap rakyat Perak di Ipoh, dengan menghalang sidang DUN daripada disempurnakan di tempat termaktubnya, adalah dosa yang diukir di Kuala Lumpur. Segala lumpur, noda dan cemar yang dicipta di Kuala Lumpur terhadap rakyat Perak hendaklah dibersihkan segera.


Sidang DUN di bawah
 rain tree di Ipoh dibalas dengan banjir besar Kuala Lumpur .

Jelas menunjukkan punishment by the
 rain.
                                                                                                                                                                                                                                   http://hamirdin.blogspot.com/

Tiada ulasan: