"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS guna kaedah rundingan pilih pemimpin tertinggi


   

Bagi mengelakkan persaingan sengit, khususnya selepas wujud dua kumpulan besar - pro-muzakarah dengan Umno dan pro-Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS mencadangkan kaedah berunding untuk memilih barisan pemimpin tertinggi parti.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bercadang menggunakan kaedah syura pada muktamar ke-55 yang dijadual Jun ini.

Langkah itu disarankan kerana PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin.

Katanya, kaedah syura - iaitu perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama - berkemungkinan besar digunakan dalam pemilihan muktamar kali ini.

"Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama, tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat," kata Nik Aziz.

Beliau berharap muktamar tahun ini dapat diadakan di sebuah negeri tempat PAS baru bertapak.                                                                                                                                                                          http://www.tvantara.com/v1/

Tiada ulasan: