"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zambri mahu ikut serta sidang tergempar DUN !

Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Perak tetap akan bersidang esok.Zambri dan gerombolan Exco haramnya itu , termasuk Najib Al-Tantuya mendakwa persidangan tersebut tidak sah! Tidak sah! Tidaksah!

Tetapi tiba-tiba sahaja para peguam yang mewakili Mentri Besar Haram Zambri Kadir dan Exconya terburu-buru memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini dalam usaha mengenepikan arahan penggantungan yang menghalang mereka daripada menghadiri persidangan dewan negeri.

Nampak sangat katunnya puak-puak Zambri ini. Sebelum ini mereka mendakwa sidang tergempar yang dipanggil Speaker V Sivakumar tu tidak sah? Apahal tiba-tiba kini mencecet pergi ke Mahkamah Tinggi pula?

Tindakan mereka ke Mahkamah pun nampak katun kerana sudah jelas bahawa 
mana-mana mahkamah tidak boleh mempertikai atau mencabar apa-apa keputusan yang dibuat oleh Speaker kerana masing-masing mempunyai bidang kuasa tersendiri.

Bagaimanapun, sidang tergempar dewan negeri akan bersidang esok dan kini Umno/Barisan Nasional nampak begitu berhasrat benar untuk turut serta! Kecuh betul puak-puak Zambri ni!                                                                                                          -----------------------------------------                                           
 Zambri dan Enam Jahanam jilat semula kata-kata mereka

ADUN Kamunting, Mohd. Zahir Abdul Khalid hari ini menyerahkan notis merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana salah guna kuasa, menghina DUN dan ketidaksetiaan kepada titah Sultan Perak.

Lagi-lagi puak Umno ni cuba sedaya upaya untuk heret Istana kedalam kemelut yang yang mereka mulakan. Sebelum ini mereka menafikan kuasa yang ada pada Speaker apabila speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Halam, Zambry Abd. Kadir dan enam Exco Halam daripada menghadiri persidangan DUN.

Mereka anggap tindakan Speaker menggantung Zambri dan Enam Jahanamnya itu sebagai amat melucukan dan kelakar.Tetapi kini mereka terpaksa menjilat semula kata-kata mereka itu.

Langkah yang mereka ambil itu membuktikan bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa yang vital.Maka dengan ini juga memperkukuhkan dan memperjelaskan kepada kita semua bahawa tindakan Jawatankuasa tersebut tatkala menghadapkan Zambri dan Enam Jahanamnya itu adalah atas kapasiti kuasa yang ada pada Jawatankuasa tersebut.                                                                                                                                                                                         http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan: