"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Institusi Raja jangan hanya bersifat simbolik - Prof Aziz Bari

Muhammad Arif Ismail 
SHAH ALAM, 7 Mac (Hrkh) -
 Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, institusi rRaja jangan hanya bersifat simbolik yang hanya membuka sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen semata-mata.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai bidang kuasa raja berperlembagaan di Malaysia dalam satu Forum mengenai 'Raja Berperlembagaan dan kemelut' dekat sini, baru-baru ini.

Forum anjuran Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) itu disertai oleh dua orang panelis; Peguam Haji Sulaiman Abdullah dan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Zainal Kidam dari UNISEL.

"Mengenai bidang kuasa raja, payah nak buat senarai. Cuma kita kita boleh buat kajian mengenai apa itu Raja berperlembagaan dalam konteks negara kita.

"Bidang kuasa raja adalah yang pertama bersifat simbolik. Ia membawa maksud kerja raja hanya buka persidangan parlimen," katanya.

Menurut beliau, gambar raja terpapar di merata-rata tempat supaya tindak tanduk kerajaan tidak bersifat partisme, yang menyampaikan pingat itu bukan orang politik tetapi raja.

"Tetapi yang menjadi masalahnya ialah bagaimana hendak membataskan kuasa raja. Kebanyakan kuasa raja adalah bersifat ceremonial atau upacara.

"Salah satunya ialah kuasa raja ialah ketua dalam bidang agama yang dibolehkan menjalankan kuasa agama tanpa nasihat kerajaan memerintah. Ini sudah termaktub dalam pelembagaan persekutuan dan negeri.

"Namun yang menjadi persoalan ialah adakah betul raja sebagai ketua agama menlaksanakan kuasa ini tanpa mendapat nasihat dari kerajaan.

"Ini bukan isu yang kecil, kerana Islam pada hari ini berkaitan dengan pengurusan masjid, pentadbiran wakaf, mahkamah syariah dan banyak perkara lagi yang berkaitan dengan islam," katanya.

Serta katanya lagi, Islam juga telah menjadi satu elemen penting dalam mewarnai seluruh kehidupan sebagai seorang muslim pada hari ini.

"Oleh itu, adakah mampu raja melaksanakan semua ini dan mungkin kebanyakan raja di Malaysia tidak mempunyai kelulusan dalam bidang agama. Ini masalahnya.

"Begitu juga, tugas raja sebagai ketua tertinggi panglima angkatan tentera Malaysia. Adakah semua raja mengalami latihan biasa untuk menjadi seorang tentera seperti institusi beraja di England. Tidak semestinya," tegas beliau.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Negara kita bukan sistem monarki dimana Raja berkuasa penuh. Kita negara demokrasi, asas demokrasi ialah rakyat yang berkuasa. Dalam negara demokrasi beraja seperti kita, kuasa raja itu ditentukan oleh rakyat, rakyatlah yang menentukan apa raja yang boleh buat dan apa raja yang tak boleh buat.
Kalau rakyat dah tetapkan raja tak boleh tampar orang sesuka hati, maka raja kenalah ikut.