"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Kudeta tidak hadir mesyuarat PAC.

IPOH: Menteri Besar Perak Kudeta ,Dr Zambry Abdul Kadir tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Darul Ridzuan di sini pada pukul 4 petang tadi.


Sebaliknya, hanya YAB. Menteri Besar pakatan Rakyat,Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang hadir pada mesyuarat khas itu yang bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Dr Zambry dalam satu kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media pada pukul 5.10 petang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak hadir kerana mesyuarat tersebut merupakan satu pelanggaran 'prinsip keadilan' disebabkan Pengerusi PAC Wong Kah Woh adalah juga pengadu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri(DUN) yang telah bersidang pada 18 Feb lepas.

"Ini akan menimbulkan isu prejudis dan tidak adil terhadap Pengerusi PAC. Saya juga memohon untuk merujuk kepada kuasa untuk menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Kirakira Wang Negeri Perak berdasarkan Amalan Parlimen Erskine May Edisi Ke-23," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Katanya amalan Parlimen Erskine May tersebut menyatakan 'jawatankuasa kirakira wang tidak mempunyai kuasa untuk bersidang apabila dewan ditangguhkan walaupun ia mempunyai kuasa untuk bersidang di tempat lain.

Erskine May merupakan pihak berkuasa tatacara yang menyediakan deskripsi lengkap berhubung undang-undang, amalan dan keutamaan dalam Dewan Rakyat British di Westminster.

Edisi asalnya disediakan oleh kerani Dewan British Sir Thomas Erskine May pada 1844.Mstar.
                                                                                                                                         http://idhamlim.blogspot.com/

Tiada ulasan: