"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ribuan warga kota terperangkap ekoran banjir


TENGGELAM ... Berpuluh-puluh buah kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Rahmat dan kawasan sekitarnya.
TERKANDAS ... Ribuan warga kota terperangkap dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Ipoh dan kawasan sekitarnya.



KUALA LUMPUR: Beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT ekoran hujan lebat sejak pukul 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutan bekalan elektrik terputus serta beberapa batang jalan di sekitar bangunan itu ditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Left Muda Shahrul Kamar Mohd Johari berkata hujan lebat yang luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.
"Banjir berlaku kirakira pukul 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kirakira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masuk ke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap.

"Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemua yang terperangkap keluar dengan selamat," katanya.

Dalam pada itu beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta di naiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Tinjauan Bernama sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusan kenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.

Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Klinik Ibu Mengandung dan KanakKanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipoh dan bangunan MIC.

Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Sistem pengangkutan awam juga tergendala di mana sehingga sehingga pukul 8 malam, orang ramai masih berpusupusu di perhentian bas dan stesen LRT untuk pulang ke rumah masing-masing.

Rangkaian Pengangkutan Integriti Deras Sdn Bhd (RapidKL) pula menghentikan perkhidmatan di semua rangkaian perkhidmatan Kelana Jaya Line pada 6.09 petang ekoran bekalan elektrik yang terputus.

RapidKL berkata perkhidmatan LRT akan terus tergendala sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.

Banjir bagaimanapun mulai surut apabila hujan berhenti pada kira-kira 7 malam.Mstar.

Tiada ulasan: