"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: 7 Kali Khairi Gagal Hadiri Debat Dengan Pas

Oleh Pemuda Wilayah

Jika Wacana Ilmiah (debat) dengan Pemuda Pas gagal diadakan, menunjukkan untuk kali yang ketujuhnya Khairi gagal menghadiri dan menyertai debat yang dianjurkan untuk beliau.

Dengan Us Nasarudin Tantawi sahaja beliau telah pun gagal berdebat sebanyak enam kali dan ketujuhnya beliau gagal mengahadiri debat dengan Dr Mujahid Yusuf AJK Pas Pusat. Kali pertama sewaktu menjawat jawatan timbalan Ketua Pemuda, Nasarudin telah menghantar surat mengajak Khairi berdebat isu siapakah yang sebenarnya memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Ketika itu Khairi Naib Ketua Pemuda Umno dan sering melaung-laungkan bahawa Umno sahaja pejuang kemerdekaan dan Pas serta pembangkang tidak berjuang. Namun tawaran debat ini tidak disambut beliau.

Kali kedua Nasarudin menulis surat menjemput beliau berdebat tentang isu siapakah yang menderhaka kepada raja-raja Melayu. Ketika itu hangat isu ramapasan kuasa di Perak dan Khairi mendakwa Pas pengkhianat dan penderhaka raja-raja. Namun Khairi tidak membalasnya. Kali ketiga sekali lagi Us Nasarudin mengajak beliau berdebat tentang isu agama, namun beliau tidak membalasnya.

Ketika berlangsungnya pilihanraya kecil Manek Urai, Khairi sepatutnya menghadiri debat bersama Dr Mujahid Yusuf di Pulau Pinang. Namun beliau hanya menghantar wakil sahaja. Sebelum ini persatuan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah Kedah cuba menganjurkan debat Khairi dengan Nasarudin. Us Nasarudin menerimanya, namun Khairi menolak. Terbaru khabarnya Gerakan Anti Rasuah dan Kuropsi (GERAK) juga akan menganjurkan debat Khairi dengan Us Nasarudin. Ustaz Nasarudin menerimanya, namun khabar sekali lagi untuk kali keenam beliau tidak menerimanya.

Oleh itu jika debat ketujuh yang menggunakan bahasa lembut 'Wacana Ilmiah' yang sepatutnya sudah diadakan juga tidak jadi. Bermakna untuk kali yang ketujuhnya Khairi gagal atau boleh diistilahkan sebagai takut berdebat dengan Pemuda Pas. Suatu tindakan yang pelik kerana sebelum ini beliau berani berdebat dengan Dato Husam.

Mungkin Khairi merasakan dirinya tidak mampu berhujah dalam isu-isu dasar parti yang sememangnya Umno gagal melaksanakannya atau pun boleh jadi beliau telah diberi amaran oleh bos no satunya yang tidak mahu berdebat dengan Tok Guru Nik Aziz. Jika Khairi hadir debat, bermakna dia lebih berani daripada Najib dan ini akan memalukan Presiden Umno itu.

Jika tidak kerana hal ini pun, umum mengetahui sememangnya Khairi jaguh sebelah pihak sahaja kerana di Parlimen pun beliau sering berucap menggunakan teks dan membuat pelbagai tuduhan kepada Pakatan tetapi tidak memberikan peluang untuk mencelah. Sudah tiba masanya ahli-ahli Pemuda Umno mengemukakan usul tidak percaya kepada Khairi yang gagal ini.
-tranungkite.net-

Tiada ulasan: