"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Baguslah Kalau Umno Mahu Bertaubat


Apabila timbul isu arak di Selangor, pemuda Umno pun tampil ke hadapan berdemontrasi. Membawa sepanduk ‘Pakatan Rakyat Halalkan Arak’, ‘Dulu Takbir Sekarang Take Beer’ dan banyak lagi. Wah, orang-orang Umno kini bukan main lagi gagah dan perkasa, prihatin dan bersungguh dengan isu agama.

Inilah peluang untuk orang Umno tunjuk warak. Dulu-dulu mereka tidak berpeluang sebab perkataan warak belum ada dalam kamus Umno. Perkataan warak itu hanya ditulis dalam kamus Umno selepas mereka kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu.

Banyak orang terperasan, Umno kini menjadi semakin berjurus dan warak. Berbanding dulu, kini orang Umno berbicara soal agama. Bahkan sanggup tampil ke depan dengan bersemangat sekali untuk membela agama.

Dulu-dulu, selepas Umno Kelantan tewas, Najib pernah mengugut dengan berkata, “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, kestabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan”.

Tidak mampu lagi diulang perli-perli pemimpin Umno apabila Pas bercakap soal Islam. Kalau ingin memutar kembali ucapan perlian itu, orang Umno boleh panggil Rafidah, Rahim Tamby Chik bahkan Mahathir juga. Tentu mereka masih ingat ucapan mereka dulu-dulu.

Tapi itu dulu-dulu. Rasanya sekarang Najib pun sudah semakin warak. Kalau tak percaya tanyalah Rosmah.

Baguslah kalau Umno semakin warak di penghujung hayatnya. Mudah-mudahan parti itu mendapat husnul khatimah. “Mati dalam iman daa..”, ungkap P Ramli dalam filem 40 Penyamun.

Adakah nyawa Umno sudah sampai di kerongkong?

Mengapa tanya begitu? Bukan apa, kalau nyawa sudah sampai di kerongkong kesedaran sudah tidak berguna lagi. Pada waktu itu iman telah tertolak. Ada seorang pembesar Mesir dulu-dulu juga beriman hanya ketika nyawa-nyawa ikan. Imannya dihapus kira.

Kalau nyawa Umno belum sampai ke kerongkong dan parti itu ingin bertaubat, baguslah. Sebab peluang masih terbuka. Tetapi jangan lupa, taubat itu ada syaratnya. ANtaranya, menyesal, berhenti daripada melakukan kejahatan dan tidak mengulanginya lagi.

Soalnya, adakah Umno menyesal dengan apa yang telah dibuatnya dahulu? Adakah dia bersedia berhenti daripada kejahatan yang sedang dibuatnya? Adakah Umno bersedia untuk tidak mengulangi semula kejahatan itu?

Khir Toyo yang punya rumah agam itu tentu ada jawapannya. Kalau Khir tiada jawapan, tak apa Khairi Jamaludin atau Shahrizat pun boleh tolong.

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Tiada ulasan: