"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Arak: Baik Dari UMNO, Ronnie Liu Jumpa Nik Aziz.


Ronnie juga difahamkan, negeri-negeri di Pantai Timur tidak mengharamkan penjualan minuman keras dan tiada halangan untuk berbuat demikian, cuma penjualannya perlu mempunyai lesen. Menurut Ronnie lagi, kaedah permohonan lesen adalah sama dengan negeri-negeri lain iaitu sebarang permohonan perlulah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah masing-masing.

"Jadi tidak timbul soal beliau berbalah dengan Datuk Dr Hasan Mohammed Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, di mana Ronnie sendiri menganggap Datuk Dr Hasan seorang pemimpin yang baik, malah hubungan beliau dengan Datuk Dr Hasan dari segi peribadi dan urusan kerja tidak mempunyai sebarang masalah apa-apa.." jelas Rashidi lagi. "Berbeza pendapat tu biasa la!”

"Saya mengucapkan terima kasih, juga mengalu-alukan pelawaan Kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang bersedia membantu Selangor melihat kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduk bukan Islam, semalam.." Kata Rashidi.

Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di Kelantan selepas PAS mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990. Tok Guru Nik Aziz berkata, sistem penjualan arak di negeri itu berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.

"Begitu juga dalam isu mengalihkan pusat penyembelihan khinzir di Kedah, UMNO tidak mampu mengalihnya takut kepada rakan sekandang dengannya, walaupun sudah puluhan tahun memerintah sehingga orang Melayu Kedah muak dengan janji ketegasan UMNO yang bacul, tetapi dengan mudah diselesaikan oleh PAS dan kerajaan Pakatan Kedah. Jadi jelas kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik dan lebih cerdik dari UMNO dan BN." Jelas Drs Mohd Rashidi lagi.

http://www.ibnuhasyim.com/

Tiada ulasan: