Nampaknya Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Menurut Anwar lagi , usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.
Ini bermakna usaha itu berjalan, cara merasuah dan menyogok parti itu ada. Sebab itu saya minta Azan (kanan) ada di sini sendiri untuk mengesahkan Huan (Cheng Guan) daripada Parti Cinta Malaysia dan Datuk Jamaludin Jarjis itu hubungi beliau,
" Manakala itu menurut Azan , beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik."
Ulasan
Agak – agaknya berapa harga yang ditawarkan oleh JJ kepada semua MP PKR ini ?
Adakah harga yang ditawarkan masih tidak cukup lumayan , sehingga semua MP PKR ini masih tidak berganjak ?
Tuan – tuan dan Puan – puan mungkin ada angka dan harga tersendiri !!!! Berapa harga untuk membolehkan YB Azan berpindah parti dan menyertai UMNO ? RM105 juta ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan