"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perbicaraan kes liwat Anwar bermula

Perbicaraan kes liwat kedua mantan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula sebentar tadi.

Perbicaraan yang menarik perhatian pelbagai pihak itu dijangkakan berlangsung sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

9.53 pagi: Perbicaraan diangguhkan kepada jam 2.30 petang ini

anwar sodomy trail first day 020210 pkr supporters9.18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.

9.17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".

9.00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.

anwar sodomy trail first day 020210 anwar arrive 028.51 pagi: Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".

8.46 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.

8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.

8.35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

8.33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut.

8.25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah

8.15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.

8.00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.

7.57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Canada telah tiba, lebih ramai dijangka hadir.

7.55am: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.

7.43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan

anwar sodomy trail first day 020210 light strike force outside court7.00 pagi: Anggota keselamatan telah berkumpul di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Kawalan keselamatan ketat.

Wartawan telah sedia menunggu sejak daripada jam 6.25 pagi lagi.

-malaysiakini-

1 ulasan:

anakkulim berkata...

selesaikanlah je...berani kerana benar,apasal nak tangguh2lak...macam ada yang tak kena je...bosan dah....