"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bila PAS Dan PKR Tak Akan Jadi Boneka DAP?

Zolkharnain Abidin

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau kata PKR boneka DAP (baca sini).Di Perak, Umno kata PAS boneka DAP. Di Pulau Pinang, Umno kata PKR pula boneka DAP. Bagi Umno sesiapa sahaja yang berkawan dengan DAP adalah boneka parti itu.

Di Kedah, Umno tak kata pula DAP boneka PAS sedangkan MB Kedah daripada PAS. Di Selangor pun, Umno tak kata DAP boneka PKR walau pun MB negeri itu daripada PKR.

Bagi Umno, yang boleh jadi boneka hanyalah PAS dan PKR. DAP pula tak pernah dituduh jadi boneka sesiapa.

Pelik juga, mengapa parti-parti lain sering dituduh jadi boneka DAP? Kerana DAP parti Cina?

Di Perak, semasa Nizar menjadi MB, Nizar dituduh menjadi boneka DAP kerana meluluskan sejumlah tanah kepada sekolah persendirian Cina.

Kelantan juga turut memperuntukkan tanah untuk sekolah Cina, tetapi PAS Kelantan tidak pernah dikata sebagai boneka DAP atau Cina. Nik Aziz juga tidak dituduh begitu.

Mengapa?

Umno boleh kata PAS Kelantan adalah boneka DAP atau apa sahaja, tapi Umno tidak berkata begitu kepada PAS Kelantan.

Umno pun tahu kalau itu yang dikatakan kepada PAS Kelantan, orang Umno Kelantan sendiri akan membodohkan orang Umno yang berkata begitu.

Di Kedah, Umno tidak pula kata PAS boneka sesiapa, pada hal kerajaan Kedah meluluskan sejumlah tanah kepada sekolah Tamil.

Malah di Kelantan ada masjid dengan reka bentuk ala di negeri Cina, tak pula dikata PAS Kelantan boneka DAP atau Cina.

Satu lagi, mengapa Umno tidak rasa parti itu boneka MIC, atau Najib dikata boneka Samy? Atau Umno boneka MCA atau Najib boneka Koh Tsu Koon?

Umno juga tidak berasa dirinya boneka Gerakan suatu masa dulu apabila jawatan KM Pulau Pinang disandang oleh Gerakan.

Umno tidak pernah berasa parti itu boneka sesiapa walau pun parti itu juga tunduk kepada parti dan orang tertentu.

Percayalah, kalau PAS berkawan dengan Umno, PAS tak akan dituduh boneka DAP. Demikian juga PKR.

Apakan daya, untuk masa kini itulah cuma modal Umno untuk pecahkan Pakatan Rakyat.

Apa perasaan Najib kalau dikatakan bahawa 1 Malaysia adalah boneka 1 Israel?

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Tiada ulasan: