Pekerja kilang kayu, P Babu 28 tahun dijumpai mati di lokap balai polis Jempol pada jam 4 pagi selepas beliau menyerah diri kepada polis berhubung siasatan satu kes rompakan.
Menurut Ketua Pemuda, MIC Jempol, Md Palani, bedah siasat yang dijalankan menunjukkan mangsa membunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan kemeja-T sendiri.
“Ini tidak rasmi. Kami diberitahu akan dibekalkan laporan rasmi dalam tempoh tujuh hari,” katanya.
Palani berkata keluarga mangsa menolak laporan bedah siasat itu kerana “Babu adalah orang yang kuat dan tidak mungkin dia mengambil keputusan untuk membunuh diri”.
“Kami juga mempersoalkan mengapa dia menggantung diri dengan kemejanya sendiri sedangkan semua tahanan sepatutnya menggunakan pakaian yang dibekalakan oleh polis,” katanya.
Palani semalam membuat laporan polis menggesa penyiasatan rapi ke atas kematian Babu yang didakwanya mungkin menimbulkan kebencian ke atas polis.
Isu itu menyaksikan ahli politik daripada MIC dan PKR masing-masing berebut cuba menawarkan bantuan kepada keluarga mangsa mendapatkan laporan autopsi kedua.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan