"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli PKR Kuala S'gor pulau mesyuarat agung

Kira-kira 50 anggota PKR yang naik angin, memulaukan mesyuarat agung tahunan PKR bahagian Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan cara mesyuarat itu dikendalikan.

Mereka turut berpendapat bahawa mesyuarat agung itu "tidak sah" dan tidak dikendalikan sejajar dengan perlembagaan parti memandangkan tiada notis yang sewajarnya diberikan sebelum mesyuarat diadakan.

Bekas ketua penerangan bahagian itu, Ibrahim Mahidin, berkata setiausaha tidak memberi notis mesyuarat yang sewajarnya kepada ahli bagi memaklumkan mengenai tarikh, tempat dan masa mesyuarat itu, yang sepatutnya dibuat 14 hari sebelum AGM berlangsung.

"Notis serta agenda mesyuarat juga tidak dikepilkan pada minit untuk diedarkan sewaktu mesyuarat itu dan melanggari Artikel 24.6 perlembagaan parti.

"Saya dimaklumkan bahawa notis bagi mesyuarat agung hari ini disiarkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia pada 9 Mac 2010, iaitu lima hari sebelum ia berlangsung dan ini sesuatu yang tidak wajar," katanya kepada pemberita hari ini.

Ibrahim berkata AGM itu, yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PKR Kuala Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hanya dihadiri oleh 241 anggota daripada sejumlah lebih 4,000 ahli dalam bahagian itu.

Beliau berkata ahli PKR juga tidak diberi peluang di mesyuarat agung berkenaan untuk membahaskan isu yang menjejaskan parti sejak akhir-akhir ini.

"PKR bahagian Kuala Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Khalid perlu memberi perhatian kepada masalah ini dan dan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan ahli yang marah ini secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Ibrahim turut mendakwa seorang pemegang jawatan dalam jawatankuasa PKR bahagian Kuala Selangor diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi melalui sepucuk surat bertarikh 8 Oktober 2009.

"Mengikut perlembagaan semua parti politik, seseorang yang diisytiharkan muflis tidak boleh bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti,"
katanya.

-Bernama-

Tiada ulasan: